Tuesday, July 20, 2010

ATTENTION PLEASE!!!


With The Name Of Allah The Most Gracious and Merciful
 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dear all Zealousian, hope you're always in good condition and always get the bless from God. Here is some important message and announcement to all of you about the alumni set up for our school. I've got the message from Bro. Fakhrullah Azri (PerintisO2O6) to get all the details of batch members. Besides, he needs four representatives, two boys and two girls from each batch for the alumni committee. Thus, I need cooperation from all the beloved members of Zealousian to submit your details and suggestion for the representatives ASAP before or on 26th of July 2010 (Monday). Further information and enquiry, just ask me. Thanks and good luck!

P/S : Details needed (please type properly) :
             -full name
             -i/c no.
             -home address
             -phone no.
             -uni/college
             -email
Regards,
Aidil Azim bin Mohamad Fozi.     

Tuesday, June 29, 2010

Al-Fatihah.............

Al-Fatihah buat Allahyarham bapa kepada sahabat kita yang merupakan penolong ketua pelajar 0809, Saudari Siti Zafirah binti Mat Nawi yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa bersamaan 29 Jun 2010, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Buat saudari Siti Zafirah dan keluarga, salam takziyah daripada semua warga zealous92, tabahkan hati dan bersabar dalam menerima dugaan ini. Teruskan perjuangan hidup. Doa kami sentiasa bersamamu.
Wassalam.

Monday, May 24, 2010

TO ALL ALUMNI SBPI TEMERLOH

Izinkan saya salin ke sini, ustaz.

Assalamualaikum wbt..

Unit Bina Insan SBPIT dalam rangka kerja menjalankan PROJEK WAKAF KARPET SURAU ALGHAZALI.. Saya Ustz Abu Khuhafah Bin Abu Bakar menyeru kepada alumni SBPIT yang bermurah hati untuk menyumbangkan sebahagian dari rezeki Allah yang anda terima bagi sama2 kita melaksanakan niat diatas..

Untuk makluman anda semua, karpet surau kita ini tidak pernah diganti selepas 8tahun digunakan, dan keadaannya sekarang sangatlah dhoif untuk kegunaan adik2 kita, dengan keadaan yang uzur dn mudah berbau maka sampai lah masanya karpet ini ditukar, perbelanjaan bagi menukar karpet ini sebanyak RM 20,000.00(20ribu). Dan seruan ini juga telah disampaikan kepada semua pelajar dan guru di SBPIT. Dan wang terkumpul masih belum mencukupi.

Atas dasar kecintaan kepada surau kita ini marilah kita sama mewakafkan sebahagian harta(wang ringgit) kita untuk menambah baik keadaan surau kesayangan kita ini.

Semua sumbangan boleh disalurkan ke:
CIMB: 0608 0001 8292 09

Dan sila maklumkan kepada Usatz jika ada menyumbang dengan cara SMS:
NAMA<>BATCH(CTH:04-08)<>JUMLAH<>TARIKH/MASA BANK IN hantar ke 019 9167436

Sabda Rasulullah:
"Bersedekahlah kalian, kerana sesungguhnya sedekah dapat menambahkan harta yang banyak, maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi kalian"

Ustaz juga menyeru supaya hal ini dihebahkan kepada semua Alumni yang anda kenali agar projek ini dapat dijalankan dengan jayanya insyallah..

Dan semoga segala kerja buat kita yang baik ini dikira oleh Allah sebagai amal pahala yang menjadi saksi buat kita diakhirat nanti Ameen...

Yang Benar,
Us Abu Khuhafah Bin Abu Bakar
SU Unit Bina Insan SBPIT
Murabbi BADAR SBPIT
Wallahua'lam.