Friday, January 29, 2010

Pengumuman, Pemberitahuan, Announcement...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat seperjuangan ku sekalian. Di sini saya ingin membuat sedikit penerangan tentang logo "Zealous 92". Kepada sesiapa yang tahu mengenai Illuminati, The All-Seing Oned Eye, Freemason, Zionisme atau apa-apa yang berkaitan dengannya, mungkin agak ragu-ragu dengan logo ini. Mungkin ada yang menganggap Zealous 92 terlibat dalam gerakan-gerakan untuk menghancurkan Islam. Tidak sebenarnya dan anggapan dan tanggapan itu salah sebenarnya. Saya sebagai pereka logo ini bertanggungjawab untuk memperjelas apakah maksud sebenar logo ini.

Logo Zealous 92 sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan apa yang saya perkatakan tadi (Illuminati, The All-Seing One Eye, Freemason, Zionisme). Tiada langsung unsur-unsur dengan perkara tersebut dalam logo Zealous 92 sama ada dari segi lahiriah ataupun maksud disebalik logo tersebut. Idea penciptaan logo Zealous 92 adalah berasaskan daripada perkataan zealous itu sendiri dan mata yang bermaksud 'vision'. Memang logo ini seakan-akan menyerupai lambang The All-Seing Oned Eye (boleh lihat pada duit kertas 1 usd.)




Saya masih ingat lagi waktu saya menghasilkan logo Zealous 92. Sewaktu kelas matematik tambahan bersama Cikgu Rizal pada tahun 2008 semasa tingkatan 4. Bersama saya ketika itu ialah Muhamad Hanif bin Seman. Ketika saya belum terdedah dan tahu tentang perkara ini sepenuhnya. Ketika saya mencipta logo Zealous 92, saya tidak dipengaruhi langsung dengan idea daripada lambang The All-Seing Oned Eye. Tetapi selepas saya mula menonton siri dokumentari The Arrivals yang telah disyorkan oleh Luqman Hakim (91AllStar), barulah saya sedar akan sedikit persamaan antara logo Zealous 92 dengan lambang The All-Seing Oned Eyed. Itupun hanya baru-baru ini saya tersedar.

Saya memohon maaf kepada semua warga Zealous 92 atas perkara ini secara sedar atau tidak sedar. Saya harap kepada mana-mana individu termasuk bukan batch Zealous 92, janganlah ada yang melakukan ritual tertentu menggunakan logo Zealous 92. Kadang-kadang saya ada terfikir untuk menukarkan logo ini supaya tiada kesangsian dan kemusykilan terhadap batch Zealous 92 ataupun saya sendiri sebagai pencipta logo. Sesiapa yang ingin berkongsi pendapat atau ingin bertanya kebenaran dan kesahihan yang sebenar, boleh terus bertanya saya melalui yahoo messenger (azim_chaohakkai@yahoo.com.my atau aidil0623@yahoo.com), telefon atau boleh meninggalkan komen disini. Harap penerangan ini merungkaikan kekusutan yang bermain di fikiran kalian.


Logo asas Zealous 92 (direka menggunakan tangan dan di 'scan ' ke dalam komputer)




Pecahan logo Zealous 92 membentuk perkataan Z E A L O U S 9 2



Di mana tersembunyinya perkataan tersebut

Insan yang sedar dan bertanggungjawab,
Aidil Azim bin Mohamad Fozi
Zealous 92
SBP Integrasi Temerloh
0509

p/s : Kepada sesiapa yang tidak memahami Bahasa Melayu, nanti saya terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.


1 comment: